Thursday, July 31, 2014

lemah.

yang bila aku menonton cerita "dibawah lindungan kaabah" kata-kata tue seakan menusuk-nusuk dalam jantung. meseg-meseg hamka yang menceritakan kita zaman dulu, yang jumud dalam agama, yang memandang agama untuk diikut tanpa dipelajari. 

jenis macam kita sekarang, kita hanya ikut-ikut yang katekan babi itu haram, dan bagi kita yang haram hanya babi. dan kita lupa atau mungkin pejam mata, perkara-perkara haram yang kita lakukan seharian.

sebab aku juga jenis macam kau orang, yang kadang-kadang bila aku fikir kenapa doa aku tak didengari. kenapa Tuhan taknak mendengar hambaNya merintih. dan ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Mengampuni dan Maha Mengetahui. kerana bagi kita, mungkin kita rasakan perkara itu yang paling terbaik, yang hakikatnya perancangan Tuhan itu yang lebih Maha hebat.

saat apa yang kau orang mintak, Tuhan tak makbulkan, ingat balik bila saat Tuhan makbulkan permintaan kau orang. sama ada kau orang manusia yang berterima kasih dekat Tuhan atau bangga dengan diri sendiri. sebab Allah sentiasa ingin mendengar rintihan kita. dan teruslah lagi berdoa kerana sesungguhNya Allah itu semakin dekat.

saat kau letakkan harapan paling tinggi, letakkan itu pada Allah. kerana lebih tinggi harapan yang kita letak pada sesuatu yang tak kukuh, lebih terasa sakitnya bila kita terjatuh, dan percayalah, yang Allah pemegang segala harapan.

sebab aku tak mampu nak menasihatkan kau orang, cuma peringatan untuk diri sendiri, sebab aku hamba, lemah, yang pernah kecewa, yang pernah sedih dengan Tuhan kerana doa aku yang tak pernah didengari. tapi aku salah, sebab Tuhan dah bagi aku lebih dari yang aku minta dan nikmat Tuhan yang mana yang hendak aku dustakan dan sesungguhnya Allah itu Tuhan yang memakbulkan hajat.

semoga kita semua, kau orang dalam rahmat Allah.


No comments:

Post a Comment