Thursday, July 31, 2014

assalamualaikum.

sejahtera ke atas kau orang.

dan aku mulakan dengan tiup-tiup blog yang dah lama aku tak update. terfikir juga mula-mula aku nak buat blog baru, tapi mungkin akan dapat kritikan yang aku nie tak tetap pendirian, asyik nak buat blog aje, tak apelah, aku bukak balik buku lama.

aku tatau nak mulekan dengan kata yang macam mana, assalamualaikum, terima kasih kepada yang sudi hadir baca blog aku yang tak seberapa nie. atau mungkin aku boleh mula dengan hai, it's been long time since Iols no write anything for Uols to read. ah, abaikan.

bukan ingin mengkritik, tapi lebih dekat bila baca komen orang-orang kebanyakan, macam mereka lebih angin dari buat. yang mcm mereka lebih kuat nk mengkritik dari nak lakukan sesuatu. sebab aku lihat memang jenis kita nie yang mengikut musim, yang ungkit kembali perkara lama bila dtg musim, tapi tindakannya angin. ibarat kita menyokong sesuatu mungkin nak berjihad, tapi bila suruh pergi dulu, kita tolak orang lain ke depan.

macam zaman kita dulu, bila cikgu kata siapa yang nak jadi cikgu kelas, masing-masing point edkat satu nama, bergantung dekat pengaruh, yang bila mana awal-awal masing-masing berkata tak apa nanti kita buat sama-sama. tapi bila sesuatu terjadi masing-masing tinggalkan beban dekat ketua.. jenis lepas tangan.

bila kita nie hidup dalam komuniti, yang ada ketua dan pengikut, bila mana baiah dah dibuat, jangan lupa, jadilah pengikut yang baik jika kita tak mampu jadi ketua, dan bla kita ini ketua, jangan lupa pengikut kita yang buat kita di atas. sebab manusia bukan Tuhan yang berdiri dan mentadbir alam nie sendiri.

oh, sebenanya aku terlari tajuk sikit, sebab kadang-kadang bila aku tengok mereka-mereka ini, bila diajak mereka lakukan perkara yang mereka gemburkan, masing-masing akan kata, tak ada masa, ada benda yang lagi penting.. atau kadang-kadang insyaAllah bangsa kita untuk sedapkan hati atau melengahkan alasan. itu tanyalah diri sendiri. memang aku tujukan untuk kau orang kalau kau orang terasa.

sebab ada perkara yang bukan sekadar untuk kita bercakap, sebab apa yang kita cakap tue sebenanya amanah untuk kita, sama ada kita jujur dengan apa yang kita cakap tue dengan apa yang kita buat, atau yang lebih baik untuk kita diam. sebab memang kita yang mudah bila nak melafazkan kata dari buat apa yang kita kena buat.

okay, nie sebab dah lama tak tulis blog, mungkin kau orang yang datang membaca nie akan terasa bosan sikit. sabar. aku rasa aku dah hilang bakat untuk menaip. tunggu. insyaAllah nanti aku dapatkan balik bakat tue. yakin betul aku ada bakat menaip. lupakan.


No comments:

Post a Comment