Sunday, September 8, 2013

simpati.

Sebab diri ini tak perlu untuk dikasihani..
Yang kadang-kadang buat orang rasa benci..
Lemah..kerana selalu mengharapkan simpati..
Sebab hidup ini masih panjang untuk dinikmati..
Supaya pelajaran dilalui dapat menjadi pedoman untuk berdikari..
Jadi apa guna simpati?

Bukan tak ingin simpati atas nasib orang..cuma kadang-kadang, itu seakan masuk campur urusan orang lain..sebab kita rasa kita macam membantu..hakikatnya kita macam mengganggu..kadang-kadang kita rasa itu yang terbaik untuk memberi simpati..tapi hakikatnya seakan kita seakan menghalang orang untuk berdikari..sebab semua benda terbatas..kita bukan Tuhan yang boleh tentukan hala jalan orang lain..sebab yang Tuhan berfirman yang Dia tak akan mengubah nasib sesuatu umat melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri..Benar tangan yang menghulur lebih baik dari tangan yang menerima..sebab yang menerima memerlukan..bukan mengharapkan simpati..

Nota: sebab kadang2 aku rasa ingin bersimpati..tapi aku rasa orang yang selalu hidup atas sebab simpati nie mcm orang yang lemah yang tak nak berubah yang tak ada tujuan untuk hidup..

Tuesday, August 20, 2013

agenda.

bila masa negara mesir yang dirampas kuasanya oleh tentera. Hilangnya lagi nyawa rakyat jelata, dihambur gas pemedih mata, dibedil peluru hidup tanpa ada timbang rasa. Para hufaz syahid mempertahankan negara pada waktu tanda kiamat kecil yang tiba. Adekah ini agenda yahudi yang cuba kaburi mata kita dengan krisis dekat mesir tapi pada masa sama melaksanakan urusan jahat dekat negara islam lain, apa agenda kau wahai yahudi laknatullah. Sebab kau nak umat Muhammad lebih memandang isu mesir supaya rencana kau bina kuil sulaiman terlaksana tanpa ada perasaan curiga? Persediaan kau percaya yang hari Akhirat itu tiba.

Ya Allah. Lindungilah saudara2 kami di sana. Berilah kemenangan pada agamaMu ya Allah.

Thursday, July 18, 2013

rasa.

kadang-kadang, akan ada masa bila diri rasa macam semua benda tak kena, buat itu salah, buat ini salah, menyatakan kebenaran pon selalu nak berasa salah. Apa perkara yang ade kaitannya dengan kebenaran sebenarnya tak ada yang salah, cume pendapat yang berbagai, kata orang khilaf. Sebab tak semua manusia yang rasanya dalam diri mereka sama. Bukan maksudnya kalau rasa tak sama, maksudnya bebas. Tapi sebab kehidupan nie luas dan lagi banyak yang perlu dilalui, tak akan nak bina diri sebab 'orang rasa' nie bagus, jadi kena jadi macam yang 'orang rasa'.

Wednesday, July 17, 2013

promosi.

mari2, datang gerai kami, kami ada nasik ayam terlanjur mencintaimu, ikan bakar ombak rindu, ayam bakar teduhan kasih. Mari2.

Pengaruh filem kuat!

Monday, July 15, 2013

hidup.

bila nak cakap pasal hidup, tak selalu hidup tue indah. Mungkin nasib kau selalu baik, tapi bila macam kau berharap dekat nasib yang kau rasa baik tue, kau hilang pergantungan. Sama macam bila kau ada orang bagi kau beras, dan masa tue kau rasa, tak apa, ada orang dah bagi kita beras, jadi kita xpayah fikirkan pasal beras, kita boleh fikir pasal ayam, lembu, telur. Sampai bila tak ada beras, baru kau pusing keliling kampung carik beras.
Taknak makan ayam saje?

Monday, July 8, 2013

mesin rasa.

kadang-kadang, bila rasa nak marah, kita marah, bila rasa nak suka, kita suka. Sampai bila rasa yang terlalu nak rasa, otak jadi tak waras. Mungkin otak kita pakai  tak sampai 0.01%. Sebab tue saya ingin memperkenalkan produk baru saya, perekod rasa. Mudah cara nak guna dia, bila kita rasa suka, kita record. Bila kita marah, kita guna 0.01% otak kita untuk tekan play.
Pom!

Friday, July 5, 2013

istiqamah.

jalan kaki pelan-pelan tapi masih berjalan bila sampai garisan penamat walaupon lambat atau berlari laju-laju tapi berhenti lama bila sampai garisan penamat, mungkin sebelum penamat. Pilihlah.

hidup.

Mula hidup 1900,
Mati 2000,
Kebumi 2100,
sebab hidup nie masih ada macam-macam nak lalui, macam-macam nak belajar lagi, macam-macam kepuasan nak cuba carik lagi. Jangan mati dulu. Rugi hidup kau nanti.

Thursday, July 4, 2013

cakap besar.

depan bos cakap macam, kena buat semua kerja. Depan membe-membe cakap ilmu yang yang tak ada mana. Bila cakap itu, buat ini. Sebenanya tak salah tak tahu, dari cakap tapi tipu. Sebenanya tak apa kalau salah, sebab kita masih belajar. Dari bagi expectation orang tinggi-tinggi sebab nak dapat pengiktirafan orang bagi. Akhir nanti kau jugak yang rugi, sebab semua orang asyik maki. Nak apa lagi?

Monday, July 1, 2013

Tuhan.

bila kau rasa macam semua susah kena dekat kau, bila kau rasa semua bala datang menghampiri kau, jangan pernah lupa sebenanya Tuhan sayang sangat dekat kau. Sebab kau dah jauh sangat dari Dia, sebab tue dia bagi kau susah sebab masa tue baru kau nangis luahkan semua benda dekat Dia. Atau kalau kau rasa kecewa lagi, kau ingatlah macam nie, besok mungkin kau mati atau mungkin kejap lagi, kau pilih la sendiri lepas tue kau sedar yang sebenanya kau tue dah alpa sendiri. Sebab bila kau senang, selalu kau memang tinggal Dia.

soal.

sebab kita tak pernah tahu, sebab kita tak pernah tanya buat kita asyik nak memikirkan perihal yang selalu buat kita sendiri leka dengan ape yang dimainkan minda. Selalu aku fikirkan perkara yang macam-macam,pasal kerja, pasal diri buat aku kadang-kadang tak boleh nak duduk diam. Tapi kadang-kadang ada perkara yang kita tak perlu nak tahu atau ambil tahu.

Saturday, June 29, 2013

intai.

bila macam hubungan berjauhan yang mungkin sebab kita hubungan itu jauh, selalu orang akan salahkan keadaan. Itulah akibatnya, sekarang dah menyesal dari orang kata kita fikirkan sama-sama cara nak bertegur atau cari jawapan. Jangan gelak, sebab tak selalu kita dekat atas. Jangan gelak sebab tunding jari tue memang kita.

puas.

selalu dalam sesuatu perkara yang kita lakukan, akan ada masa kita hilang kepuasan melakukan sesuatu. Boleh jadi sebab kita dah capai semua benda, tak pon mood yang hilang entah ke mana. nak capai kepuasan tue senang, buat target baru, sebab keghairahan tue yang buat kita puas. Okay, puas!

Friday, June 28, 2013

peduli.

kadang-kadang bile terlalu peduli dengan persekitaran, akan ada masa kita rasa kita kena buli. Satu masa bila kita cuba nak bangkit, nak pertahankan diri, boleh jadi sampai buatkan kita kurang nilai diri. Nak ikut jalan mana?

Thursday, June 27, 2013

bandar lama.

seorang lelaki, umur dalam lingkungan 30-an berjalan-jalan di bandar lama. Ketika sedang berjalan berseorangan, dia ditegur oleh seorang perempuan. RM50 satu jam bang? Kalau sehari? RM350. Tak boleh kurang? Tak, tue kira paling murah.

habuk bawah katil.

Selalu bila dah lama tak cuci bawah katil, habuk makin banyak. Kalau duduk dalam dorm, kalau katil sendiri je yang bersih, tapi katil sebelah penuh dengan habuk, cuci macam mana pon tak lama nanti penuh balik habuk bawah katil. Selalu kita kata kita boleh buat sendiri. Kita boleh hidup berdiri atas kaki sendiri. Orang lain tak boleh nak pengaruhi. Tapi sebenanya, kita dah tipu diri sendiri. Nak katil bersih tak ada habuk bawah katil, sapukanlah sekali habuk bawah katil, katil sebelah.

sebab.

sebab setiap hari kita asyik bermonolog sendiri, nak puji, nak maki, bergaduh dengan diri sendiri nak ikut mana jalan yang rasa hati boleh puas yang tak buat kita lemas. Sebab setiap hari kita ada jalan nak tempuhi dan seringkali jalan yang kita pilih dipengaruhi 3 diri.